Tuesday, January 29, 2013

Kerja Halal


As salam semua.
yeayy! sora aku da kembali pada asal.
sora normal. sora yang paling sedap aku rasa. haha!
okeh, bukan tu topiknya.
entry kali nih pasal keja halal.
dan aku rasa ni antara entry panjang.
so, aku tau korang bosan,.
camna eh nak hilangkan bosan korang masa baca?
aku plan wat part 1 ngan part 2 la. haha!
lagi la korang bosan.
tapi bialah. entry aku, blog aku okeh. lalalalaa…

idea entry ni dapat bila ada makcik datang mai umah semalam.
terkejut aku orang mai umah. 
terus berdesup aku masuk dapuq.
nak hidang air kat dorang.
disebabkan mai tengahari, 
so aku hidang air bandung ais la kan.
tapi.. umah aku takda ais. haha!
gigih tag kat fesbuk sepupu aku yang umah dy sebelah ja.
dengan harapan dy ada. sebab dy jual aiskim mesia.
alhamdulillah. ada ais.
so, aku hidang air bandung la kat depa. hehe!
okeh, entry intro da panjang. 
bosan salwa! orang bosan! haha.

baik-baik. alkisahnya begini.
makcik tu mai, actually kawan mak aku.
dy mai nak merisik. wahaha! 
okeh, itu TIPU.
takla, dy saja mai ziarah sebab teringat kat mak aku.
so, dalam sembang-sembang tu,.
mak aku kenalkan aku ngan dowang.
sebab dowang takpenah jumpa or nampak aku. sedih!
over hang nih salwa! haha. 
tak kisah la penah jumpa ke tak,
tapi pesanan makcik tuh yang menarik.
dy kata “abeh belajaq, cari keja elok-elok. keja halal.
keja yang busy sket takpa, asal berkat. keja yang susah takpa,
keja yang gaji rendah pun takpa, janji rezeki bersih.
rezeki tu yang jadi darah daging. tu penting.”

aku senyum. 
sebab aku paham apa yang dy nak sampaikan.
makcik tu cakap camtu sebab dy sedih bila cerita pasal anak dy.
aku bukan nak cerita aib orang, 
tapi nak kita sama2 renungkan.
amik jadi pengajaran. jadi panduan. 
jangan sia-siakan.
anak dy asalnya keja bagus, 
promoter jual keta besar dengan toyota.
tapi sebab kawan, nak hidup mewah, nak kaya cepat.
dy bergaul dengan orang2 yang mewah jugak.
awal2 memang dy ingat anak dy mewah, 
sebab duit komisen jual keta mahal.
ye la, jual keta mahal, komisen tinggi.
so, sebulan dapat jual 3-4 biji keta mahal, 
memang banyak la komisen dy.
tapi, lama-lama perangai anak dy pelik, 
asyik duk umah ja, malas nak g kerja.
lepas makcik tu siasat, rupanya anak dy amik ice.
duit gaji abes tuk beli ice.
korang tau kan ice tu apa? its kind of drug. hohoo~
so dipendekkan cerita, bla.. bla.. bla..
anak dy sekarang still isap ice. malas kerja.
kalo kerja, mesti ada ponteng, 
ada sampai tahap kena buang keja
dan now menganggur. sebab ice tu, dy malas nak keja.

tu yang dy bagi nasihat kat aku,
suh cari kerja yang elok. halal.
itu betul. keja halal. banyak keja halal.
pengaruh rakan sebaya tu kena jaga.
manusia senang ikut pengaruh kawan.
dan aku sendiri mengaku, 
aku jenis yang cepat terpengaruh.
so, cari kawan yang boleh bawak pengaruh baik.
baik dari segala aspek.
ya, susah. akan dikata memilih kawan pulak kan?
tapi, memilih kawan memang suma orang buat. 
kita ja yang tak sedar.
ko rasa ko tak serasi dengan orang A, 
ko akan terus kawan ke ngan si A?
kawan memang kawan, tapi tak rapat. kan?
sama jugak konsepnya kat sini.
kita berkawan. dan mengenali kawan.
kawan yang kita rasa serasi,
secara automatik kita akan rapat dengan dy.
kawan yang kita serasi la, 
kawan yang akan kita cari selalu. kan?
so, cari keja yang halal. yang rezeki bersih.
kawan yang bersih. kawan yang pengaruhnya baik.


till then,
addiossaa__


p/s : maap kalo rasa aku ntah apa-apa. tapi ini belog aku okey.
so, suka hati lah! hahaha. takla. maap kalo korang rasa aku salah.
mintak dimaafkan dan perbetulkan mana yang kata-kata aku salah eh. peace ! (^_^)Y

p/ss : aku boleh menulis novel tak? ada gaya tak? haha! Smile with tongue out.


Thursday, January 24, 2013

Kawan dan sahabat


Assalamualaikum.
selamat pagi..
tetiba ada idea pulak nak update entry pepagi buta nih. haha!
aku memang suka update blog tengah2 malam.
idea fresh senang datang. sebab sunyi sepi.
patotla komposer suka wat lagu waktu malam.
idea nak wat lagu cepat menusuk dalam otak. haha!
aku nak tulis lagu gak la. *tetiba.. hihi.

takda la, tetiba jaa…
entry ni just came up lepas have a nice conversation,
 with my friend.
ntah macam mana,
 dy cakap kawan takleh jadi kekasih.
then I asked why. jawapan dy simple je.
based on yang my friend faham la.

“ bagi seorang perempuan.bila da jadi kawan..
x mungkin org tu dia boleh jatuh cinta..
tapi laki sebaliknya,
laki x akan rapat klu dia x suke pada sesorang gurl “

dan bagi dy, kawan=sahabat=friend adalah sama.
(based on my friend,
dy kata lepas rujuk Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka)
dan yes. mentaliti dan pandangan setiap orang berbeza.
so do I.
dan aku rasa ada je kot orang len yang pendapat cam aku.
panjang lebar aku explen apa beza KAWAN dan SAHABAT.
bagi aku eaa.. bagi aku.
pendapat aku. dan apa yang aku cakap kat dy.
“ kawan.
org yang rapat ngan kita,
tapi still ada benda yg dy xkan share ngan kita.
rapat dalam erti kata, kawan biasa2,
no hang out together.
kalo ada pun, jarang laa...
jumpa maybe sekali sekala.

sahabat pulak.

orang yg kita leh share suma benda.
even kesedihan dan jugak happines kita.
da sahabat tu la orang yg akan wat benda bodoh,
semata-mata nak happykan kita.
tu bagi aku beza kawan dan shabat.
kawan memang kita ada ramai.
tapi sahabat tak.
bagi aku laa..
sebab sahabat susah nak jmpa.
kawan ramai. “
agree? not agree? depend.
tapi tu pendapat aku. and also.
bagi aku, kawan still boleh bertukar jadi kekasih.
why not, sebab kita tak kenal rapat pun dengan orang tuh.
bila da rapat, kalo you guys rasa dy bole jadi kekasih.
just confess or declare. and it yours.
memang la tak semudah tu nak confess kan.
tapi dari rasa kawan tu bertukar jadi sahabat.
baik gitau cepat kan.
sebab bagi perempuan,
rasa sahabat berbeza dengan rasa kawan.
sebab kawan still kita boleh wat teman hidup, insyaallah.
tapi, sahabat adalah orang yang rapat dengan kita.
even dy lelaki. boleh ja sahabat lelaki kan.
sebab sahabat or BFF BestFriendForever ni.
perasaan dy lain.
perasaan dimana kita tak bole tukar jadi kekasih.


aku ada gak cari definisi kawan dan sahabat kat google.
tapi tak jumpa. mungkin aku yang tak pandai cari kot. hehee!
tapi, aku jumpa satu blog yang very nice penulisan dy.
jugak pendapat pasal beza kawan dan sahabat.
dan pendapat dy almost same dengan aku.
ni antara pendapat dy yang aku amik dari belog dy. hihi!
ni pendapat ramai dari kalangan rakan2 dy la.
aku namakan komen 1, komen 2 dan seterusnya.

DEFINISI KAWAN :

komen 1 : 
sape-sape pun bole jadi kawan.

komen 2 :
kawan adalah suma orang yang kita kenal.

komen 3 (pendapat owner tu sendiri) :
orang yang penah kita berkawan dengan dy.
kawan ialah orang yang ada time kita susah dan senang. tapi.
takkan gembira kalo kita berjaya, or advance sikit dari dy.
still wujud perasaan cemburu dan iri hati.
dan tarik muncung 1km kalo kita dapat lebih dari dy.

itu definisi kawan.

DEFINISI SAHABAT

komen 1 :
sahabat ni kawan rapat.

komen 2 :
sahabat ni macam adik beradik. 
kita sakit dy pun terasa sakitnya.
kita happy, dia pun rasa happynya.
pendek kata, cubit paha kanan, paha kiri terasa.

komen 3 :
*aku printiscreen ja, sebab I have doubt about that*

sahabat 1

ni definisi sahabat.
share segala perkara, kalo sesama jenis,
yes. semua kita share sama.
kalo berlainan jenis,
ada jugak certain secret still takleh nak share.
tapi, setakat nak tukaq n tanya pendapat, no hal.

setuju? aku setuju .
sebab sahabat orang yang betulkan khilaf kita.
orang yang akan tegur kita, ajar kita tanpa jemu.
especially, bab-bab islamik.
sebab pasal lambat solat, 
tak puasa suma orang len takkan tegur,
maksud aku selain ibu bapa kita okay.
hanya sahabat ja yang berani tegur benda-benda dan isu sensitif nih.

cer try si KAWAN yang tegur.
“eh, ko dah solat belum? eh, ko tak puasa eh?”
apa korang rasa?
mesti macam nak kasi penumbuk je kat muka si kawan tuh.
busybody kan? katanyaaa. konon. haha!

cer kalo SAHABAT yang tegur camtuh.
tetiba rasa dihargai, dan disayangi.
sebab kita rasa, dy nak betulkan khilaf kita.
nak kita join dy sama-sama masuk syurga.

tapi ya, tak semua kawan jahat.
ada ja yang baik and still saling ingat-mengingati,
tapi tak ramai.
kalo ada, Alhamdulillah.
doa moga-moga kawan boleh jadi sahabat.

korang ada sahabat dari gender lain? 
maksud aku lelaki.
sahabat perempuan, konfom-komfom la ada.
aku ada. nama dy Nasir Sobri.
dan aku baru tau yang nama sebenarnya Abdul Nasir.
wahahaha! gila teruk aku.
nama sahabat pun taktau kan.
aku rapat ngan dy dari kecik. 
mak dy penah mengasuh aku dulu.
lepas tu, kteowang lost contact sebab family dy pindah g KL.
aku dan sepupu aku, 
Fairooz Nabila memang rapat ngan dy.
dy la sahabat main tepuk kad sesama masa kecik.
aku kalah. sepupu aku juara bertahan okay.
dy la sahabat teman masuk hutan nak carik biji getah,
nak wat main congkak tanah.
takat ketuk2 kepala kalah main game, tu biasa.
tapi tu dulu. zaman kanak-kanak ribena.
sekarang tak lagi.
lepas lost contact, bertahun tak jumpa.
then, family dy balik kampung aku kat perak.
and stay sana sampai sekarang.
tapi masa tuh, dy tak ikut balik sebab study sana.
best student. anak angkat raja perak.
anak petronas. and till now study lagi kt UTP.
2 tahun lepas baru jumpa balik.
sebab dy datang raya kat umah tok aku.
aku tak cam muka dy, sebab da berubah. 
dy botak. hahaha!
tapi, dy cam aku ngan sepupu aku.
lepas tu la, baru start rapat and jadi sahabat balik.
g la ADD fesbuk dy. carik NASIR SOBRI.
wahaha! promot nih. nak nombor, pm aku. haha! 
memang dy tengah carik calon pun.
sebab taknak kena kawen ngan pilihan keluarga katanya. haha!
ada jugak camtuh kan. hihi! aku kenal mak dy.
aku panggil Makteh Umi.
mak dy baik. sporting abes la baq hang. hehee.
dengan mamat ni la, aku leh mintak muvi,.
mintak pendapat. dan mintak idea.
nak share lebih-lebih takbole la.
nanti kena bahan.
haha! suma da besar kan.
so, ada benda takleh nak share sangat.
privacy still kena ada.

sahabat perempuan?
hehh. aku bangga sebab aku ramai sahabat perempuan.
suma rakan-rakan skola menengah.
rakan poli ada 2 orang dan U belum jumpa.
maaf rakan U. korang still ada   dalam hati aku. cewahh! hihihi. 

kawan aku penah tanya jugak,
dy dalam kategori kawan or sahabat.
dan honestly aku cakap, KAWAN.
sebab dy bukan tahap untuk dibuat sahabat kot.
sebab kawan kan boleh jadi kekasih.
nak jadi kekasih aku? wahaha! tett.
ni jujur aku cakap. Smile.

dahla, panjang pulak entry aku.
mesti korang bosan nak baca sampai abes kan?
its up to you.
nak baca abes pun boleh,
nak baca separuh pun bole.
aku tak kisah.
sebab dis is my expression. opinion.
macam sahabat aku dy taksuka membaca.
so, entry yang panjang cenggini memang TAK la dy nak baca.
cc : Nurul Nasihah Abdul Ghani & Shazwani Fadzil. haha!


 persahabatan-ukhwah-teman-kawan



credit 2 : rakan chat FB. awak. Smile.

credit 3 : aku sendiri. haha!

credit 4 : SALAM MAULIDUR RASUL
"WASSATIYYAH TONGGAK PEMBANGUNAN UMMAH"
1434 HIJRAH / 2013 MASIHI.
Selawat ke atas NABI MUHAMMAD S.A.W.
Jujungan Besar Umat Islam.


till then, 
adiossaa__


Tuesday, January 22, 2013

takda keja

Assalamualaikum semua.
bertemu lagi kita ya.
rajin pulak aku update entry malam nih.
wahaha!

just nak share aktiviti waktu cuti.
sebenarnya takda wat apa sangat pun.
duk umah je banyak.
pergi market. balik masak tengahari.
makan. pastu aku online. layan movie kejap.
petang tengok drama TV3.

drama yang tengah femes sekarang ni kan.
mesti korang layan punya la.
tajuk Setia Hujung Nyawa.
aku tak tengok dari awal drama ni.
bila tengok tengah-tengah, aku rasa hero dy,
Amar Asyraf or Zain Hakimi jahat orangnya. kejam weyh!
aku suka second hero, Hairun Azreen or Ikram wataknya,.
sweet ja dy. dah la comeyh. ensem gak sikit-sikit.
haha! aku pun dah terpengaruh dah sikit.
tapi ramai yang marah aku suka kat Ikram.
bia lah. suka hati aku la kan. 
da hati aku suka kat ikram, nak wat camna. haha!
lagu tema dy best. AdaMu oleh Najwa Latif.
ada jugak beberapa lagu Najwa Latif yang lain masuk.
contohnya macam lagu I love you dengan lagu Kosong.
sesuai sangat. nasib lagu KLIA (Kau Lupa Itu Aku) tak masuk.
lagu tu best jugak.
mungkin sebab belum publish kot,
so takleh nak letak dalam drama ni.
okeh dah komen pasal drama SHN tuh.
ada sesapa yang tengah donlod? aku nak weyh! hehe.

panjang pulak ceritanya.
tetiba aku lost.
da taktau nak taip apa yang sepatutnya aku nak share tadik.
errkk.. okay lah. tu je la kot.

till then,
Adiossa__


confession

Holaa.. Anneyeong!
just simple reminder.
eh, bukan.
a simple noted maybe.

gurls, I know from your expression.
I know from your body language.
I know that you like him.
yes, we like the same guy.
I guess.
but please. please admit.
because you already caught by me.
if yes, that we like the same guy,
just admit. do not deny it.
Its okay. for you. I’m back off.
just admit when I asked you.
because I love you more than that guy.
I love our friendship.
I love you my girl.
confession does not make you lack of your “sifat malu”
but, confession is for you to express your expression.

why I’m not confess by myself?
because I’m not selfish.
I know you. you are better for him. than me.
I know you will treat him better than me.

and if there someone know something.
keep on shut up.
I begging you.
please ya.

and, if that guy are not accepting you.
do not frustrated.
that’s normal. just accept it.
because life’s is not beautiful like we thought.

so please girl.
please.

girl, just admit. stop denying. 
If yes, I’m Back Off. for you. Seriously!


till then,
Adiosaa__


cinta TERAKHIR


Assalamualaikum.
holaa.. apa cer? hihi.
aku takda cita. happy duk umah.
keja makan. lepas makan, lapaq. 
so aku makan lagi.
memang cuti ni keja aku nak gain weight la gamaknya. haha!
tapi, sora aku still hilang ntah kemana.
bila nak normal balik pun taktau la.
tapi, makan pun tak pantang. how laaa…

yang tu tolak tepi. 
malam ni just nak share pasal lagu feberet.
tajuk : Cinta Terakhir by Aiman.
siapakah Aiman? hee.
Aiman kalo taksilap aku dy penah masuk satu realiti show nyanyian dulu.
tapi konsep yg dy bawak agak islamik, so tersingkir awal.
tapi Hafiz Hamidun jumpa dy, 
ajak join masuk under syarikat Hafiz Hamidun.
so, lagu nih, Hafiz Hamidun yang buat tuk dy.
tapi, lagu ni satu ja dari Aiman.
ada satu lagu lagi duet Aiman ft Heliza. best jugak.
ada kat bawah, aku buh video yang fan buat. Open-mouthed smile.

Video Cinta terakhir ni kira antara lagu feberet.
sebab lirik dy best. sebab Hafiz Hamidun buat.
motif ??! haha! aku memang minat HH pun.
latest lagu zikir terapi dy.
best sangat-sangat. aku selalu dengar time wat math.
sebab kekadang math wat aku stress. 
so layan lagu zikir terapi.
terus rasa tenang. hihi.

panjang pulak intro nya.
korang layan la eh dua-dua video nih.
peace! (^_^)Y


aku tak jumpa video clip official dy, tapi yang ni pun boleh la kan. hehee~


ni pulak lagu yang Aiman duet dengan Heliza.
juga lagu oleh Hafiz Hamidun.
wohoo! cayalah HH. #Ehh.. haha. Open-mouthed smile.


                                                     Aiman ft Heliza Helmi–Selalu Ada.


best tak? sweet tak?
sweet la bagi aku. haha!


till then,
adiosaa__


Monday, January 21, 2013

Bengkel MT & Swiss In


assalamualaikum blogger-dian, pembaca-dian suma...
sihatkah? ada baikkah? haha.
aku sihat tapi sakit tekak dan flu ada sikit lagi.
batuk da lega. alhamdulillah.
sakit tekak je la, sora still serak-serak bak burung merak. #Ehh.
penat da cari air cap badak tuk sejukkan badan.
tapi tak jumpa. susah betol.
even kat minimart hospital pun takda jual.
tak ker pelik tuh? emmm..

tapi takpa.
kita move on. kita ke cerita seterusnya.
aku nak share pasal KPO yang aku attend kelmarin.
tapi tajuk sebenarnya panjang bebenor..
Bengkel Pemantapan Majlis Tertinggi dan Perancangan Almanak 2013
bagi Badan Persatuan Pelajar UUM CAS.
haaa.. panjang tak? panjang kan? hihihi.
yang diadakan di Hotel Swiss In International Sungai Petani.
hotel dy memang cantik. lawa. ada swimming pool.
ada foreigner. ada melayu. 1 malaysia. *tetiba* haha!
dah la intro hotel.

kursus ni sebenarnya bertujuan untuk membantu 
setiap badan pelajar atau kelab yang berada 
di bawah naungan UUM CAS,
menyediakan dan mempersiapkan diri untuk menguruskan
kelab bagi sesi 2012/2013.
sebab wakil setiap kelab yang datang adalah terdiri daripada,
mereka yang telah dilantik menjadi peneraju 
kepada badan kelab untuk sesi akan datang.
Bengkel ni jugak bertujuan untuk membentangkan 
mengenai perancangan Almanak kelab.

why so serious salwa ?? formalnya ayat. hehee.. :P
okeh. loose sikit dari serious. 

apa itu Almanak? errmm.. how to explain ya?
Almanak tu Alamak, Alahai, Aloha, Amanat, 
dan mingkin juga anak mak? #Ehh. haha!
bukan la. Almanak tu planning setiap kelab mengenai program 
yang akan dilakukan sepanjang 2 penggal or 2 semester dalam setahun.
aku taktawu kenapa namanya dipanggil Almanak. 
so, jangan tanya lebih-lebih. hihi.
jadi, setiap kelab perlu menyediakan perancangan
 program sebanyak 20 aktiviti.
dengan peruntukkan bajet bagi setiap kelab 
hanyalah RM5000 bagi setahun.
maknanya, 1 semester, 
hanya RM2500 disediakan oleh pihak kolej aku.
selebihnya mana nak cekau duit tuk wat event? 
cari sponsor bhai. cari sponsor...
tang mana nak cari sponsor? ahh.. lu pikir la sendiri. haha~ 

so, wakil dari kelab aku, iaitu kelab multimedia, 
ialah President, Timb. Press I & II, Naib setiausaha 
dan aku exco gantian. haha!
ye la, aku ganti je sebenarnya. aku ketua Exco sahaja. tak terlibat.
ganti kawan aku, Bendahari kelab yang sepatutnya kena attend.
tapi Bendahari kena attend Baksis Negeri Sembilan.
so, press mintak aku gantikan. aku On je la, 
sebab program ni wat kat SP.
dan Sungai Petani dekat je ngan umah aku.. hihihi~
so, tu je la serba sedikit penerangan mengenai Bengkel 
yang aku attend selama 2hari.
dari 17 Januari sampai 19 Januari 2013.

nak tawu lagi? tengok gambar je la eh? 
tapi majoriti gambar adalah gambar kelab aku je la. 
ada sikit2 jea gambar bebudak dari kelab lain. :)
ushar gambar eh, penat ah taip. haha!




 
 Before pergi. Dalam bas pun jadik nak snap. hehe!

da sampai ! ni la program yang aku dan kelab members len attend.
kiteowang sampai da lewat sebenarnya. masa masuk dewan,
Dr. Azman bin. Yassin selaku Dekan PPA UUM CAS tengah berucap.
kami masuk je la lepas makan dinner kat cafe hotel . hehe!

Selepas majlis perasmian. kami supper ! haha. 
sebelum tu da makan late dinner, ni supper pulak.. hihi.
*did u guys find me?* kehkehkeh.

well. reserved table for us. :)




Breakfast Day 1. 
Breakfast = Pecahcepat. ahaks! ;P




selepas breakfast. 
ada masa lagi before first activities on first day start. 
photoshoot !! yeayy.

depan dan dalam lif. depan dewan seminar "Orchid Hall"
taknak turun, nak jugak snap gambar kejap. haha! :D

we are first club yang sampai kat dewan Orkid ni. 
kelab len still breakfast... kot.

aku taktau kenapa aku berdiri. hahaha!

Why so serious Press ??  hihi.
President Club. :)





ini adalah sesi penyediaan dan penambahbaikkan Almanak 
sebelum dibentangkan pada sesi malam nanti. suma muka serius. 
besalah, bincang masalah negara.
tender juta-juta. juta rupiah. haha!
almanak sudah tersedia, just nak perbaiki serba sedikit tu yang jadi lambat.
percambahan idea yang pelbagai dari 5 otak, 
sangat memberansangkan. hihihi.
start pkul3.30 petang sampai 7.00 petang. pheww!
memang letih. letih otak. dan letih badan.
dengan perut lapar, sebab minum petang tidak disediakan.
mencabar kuasa dua. plus ada loceng orang jual pulak bunyik. 
memang rasa cam ada orang jual putu mayam je . haha!
alhamdulillah. semua settle.

my club presenter on that night.
Hafiez Rahman dan Afiqah Misrin.
dipilih secara random.
"hah, kelab awak da complete kan? sila ke depan dan bentang"
tercengang dua-dua. haha!
btw, was nice presentation guys. 



Done presentation. receive a good feedback to improve our Almanak.
need some adjustment kata juri. hihi.
sebenarnya, segala isu berbangkit yang juri katakan, 
telah pun menjadi isu berbangkit dikalangan kami sendiri.
so, boleh ah nak tepis, bangkang, potong kiri kanan sikit isu tu.. haha! :)


Kak Zayana and me. 
peminat dan penyokong tegar bagi Kelab Multimedia.
hahaha. (^_^)Y



Breakfast Day 2. Hari program bakal berakhir. yeayy!
taksabar nak balik cuti. hihi.



before naik ke dewan tuk aktiviti terakhir. 
posed dulu! da macam pengunjung datang bercuti gamaknya. wahaha.


Lunch terakhir sebelum balik ! alhamdulillah. 
Bengkel berakhir dengan jayanya.
last nak makan kat hotel. ntah bila la nak makan kat hotel lagi ea..
hehe! pape pun, was a great program. suma sporting.
nak gambar lagi? ada. ada. sabaq sat naa..






posed sebelum balik. Hafiez suh penuhkan memori kamera dy. hihi~





Antara rakan-rakan dari kelab lain,
di bawah satu bumbung kolej yang sama.
great to know you guys. 
walaupun ada beberapa orang yang aku da lupa nama dy. 
maap. maap. haha! :D

Five of US. :)
Representative of Multimedia Club


.itu saja.
Semua rakan pelajar yang join Bengkel Pemantapan Majlis Tertinggi
dan Perancangan Almanak 2013.
bagi Kelab Badan Pelajar dibawah UUM CAS 
(College of Arts and Sciences)
Gud Lucks guys for the club. 
chaiyork! hwaiting! gambate kudasait!

Credit : Digital Kamera Hafiez Rahman
&
Hotel Swiss In International, Sungai Petani.


Till then, 
Adiosaa__