Saturday, February 12, 2011

TRIP 4hari 3malam di Selama Perak

As Salam...
holaaa..
waaa.. windunyiaa kt belog neh~ hehe.
agak lama aku x hupdates belog kan?!
sori la. bukan xnak hupdates, tp banyak kekangan yang menyebabkan xdapat nak hupdates!! 
*eleh, hupdates status kt MukaBuku bley plak kan?! haha.
ag satu, entry neh antara entry aku yang agak panjang sebenarnya. 
yela, nak story pasal percutian 4hari 3malam, mestilah lebih kurang 3-4 page entry neh.. haha. okeh . Itu Tipu .

okeh. teruz kepada agenda kita tengah malam ini. iaitu story mory psal trip 4hari 3malam aku. dimanakah??! jeng.. jeng.. kat Selama Perak jek~ haha. ni kira cam trip percutian aku masa balik cuti Chinese New Year hujung bulan lepas. xjaoh pon, balik kampung halamanku di Perak aja. hehe. lebih kurang 1 jam 30 minit perjalanan jika menggunakan lebuhraya PLUS ! hehe. *sejak bila jadik Duta PLUS pon xtawu la. hee.*

okeh. ari pertama petang tuh masa aku ontheroad tuk balik kampung,keta ayah aku wat hal. plan nk balik pukul 2 jadik pukul 4 petang bawu bertolak pulang kt Perak. sebab apa?! besala, keta antik ayah aku tu da lama dok dalam garaj xbertepi. baru2 nih la, mak aku suruh along aku 'hidupkan semula' kereta tu. yela. xkan aku nak balik kampung naik moto plak kan? mak aku skali nak ikut balik. hehe. bukan apa, slalo kalo aku balik kampung, mesti mak aku jarang nak join skali. dan aku hanya balik kampung naik moto ngan kezen aku, ape laie, merempit ah. haha. mak ak jarang ikut skali coz xkan nak tinggal ayah aku kt umah kan. tp kali nih, ayah aku xnak balik coz kena keja, so mak aku pon mybe sebab da lama xbalik kampung, truz nk ikut aku ngan kezen aku, ILA pulang ke kampung halaman.

setelah kereta berjaya dibaiki, kami pon bertolak pulang ke kampung. perjalanan tuh memang biasa jek, cuma keta banyak dari biasa. haha. yela, da start cuti cina raya kot. suma pakat nak balik kampung jugak lah.
sampai kt kampung dalam pkul 5.45petang camtu. tapi xsampai kat rumah lagi, coz mak aku suruh benti jap kat umah Makcik Mek a.k.a Makcik bidan & tukang urut. hehe. tapi, mak aku xdapat nak teruz urut coz makcik Mek tuh ngah wat persiapan tuk wat kenduri Tahlil tuk esok. so, mak aku kena datang malam nanti.



 hahaha. ni masa tunggu mak aku g menyembang kat umah makcik yang mengurut tuh. sempat ag amik picxa. besalah, owang kaki gambar neh. memang camtuh! hehe. okeh, sambung. elok sampai jek kat sini, along aku antar mesej tanya :
"As Salam. keta okeh x? da smpi gtaw. pape roger along awl2 !! bawak elok2, jgn dok rempit sgt ! okeh. bye."
simple kan along aku antar mesej. ayat first mesej tuh yang xley blah. ada ke patot tanya keadaan keta dulu. patot tanya keadaan aku ka, keadaan kami suma ka. hadoii. along aku neh. tapi pape pon, aku dan keluarga berjaya selamat sampai. kebetulan, along aku antar mesej nih masa aku da sampai kat umah tok aku, so aku pon membalasnya dengan se-simple yang mungkin. :
"Wassalam. da smpi. xrempit aih. kami okeh. keta selamat ! baik! bye! " 
hahaha. soryla along, dapat adikmu yang sengal camnih. hehe.

                                                               **************************


HARI KE-2.....
hari nih, makteh aku plan ajak suma pegi menebas kebun tok aku kat bukit belah hilir. sebab apa?? coz rituh kezen aku, abang si ILA neh, FARIZ telah pulang ke kampung untuk bertemu dengan tok aku. tapi apa yang dia jumpa? tok aku xda kat umah, pegi menebas seorang diri di kebun di bukit belah hilir tuh. apa lagi, si Fariz nih, balik penang teruz report kat mak dia a.k.a Makteh aku. tu yang pepagi buta ag, makteh aku ajak suma pegi menebas. aku pon apa laie. jommmm!! da lama xmasuk hutan. hehe. kebun tok aku tu, korang jangan bermimpi tuk makan apa2 buah-buahan yang ada kerana tu kebun getah. haha. so, memang xda buah la kan? ermm. buah getah ada. kalo setakat nak wat buah congkak tu, boleh la kot. hee. so, after breakfast. suma pegi menebas. keta aku parking mana? keta aku parking kat umah TokLong aku jek coz kebun tuh belakang umah dia. hehe.

 ni kena menyeberang titi kayu lagi usang !! sebenarnya xyah lalu jalan yang ada titi neh jaoh, tapi mak aku silap tunjuk jalan. lupa nk tunjuk jalan shortcut. haha. 
mak! mak!. hee.
kami yang ikut neh, jalan je la.

itu dia, rakyat jelata yang dalam perjalanan menuju ke kebun tok aku. mak aku yang pkai tudung hiam+coklat tu. yang tudung biru cair kt belakang tu la Makteh aku. hehe.

menyusuri denai-denai.. yang kecik kat tengah tuh, my nephew. dia pon ikut jgak.

oitz !! jangan curik haaa. ni kezen aku gak. adik Ila. Thariq. tapi aku pangill Toiq. hehe.

haa. ni pokok yang paling besar kat kebun getah tok aku neh. umo dia lebih kurang umo aku kot. ermmm.

haa, yang tudung hitam+coklat ni la mak aku. lead merangkap tour guide kami. yelah, kami mana tawu kat mana kebun tok aku, nanti xpasal2 masuk kebun owang len plak. mak aku ngan makteh ak ja taw. yang baju pink tu la kezen aku. ILA.

haha. ni pas dowg dua neh menumbangkan sepokok apa ntah. rehat jap. penat. haha. napa kat pic kebun neh, gambar aku xda? hehe. coz ak photographer jek.

haaa, setelah berjaya menumbangkan dalam sepuluh pokok yang disyaki tidak patut tumbuh, kerana menyemak jek kat kebun tok aku sampai xley detect mana satu anak pokok getah yang bawu ngan lama. bawulah kami balik. tapi agak susah nak balik coz, ada ja pokok2 yang mak aku or makteh aku nampak then suruh tebang. dalam kami dok elak xmau tebang da. kena tebang jugak. hehe. ada lgi sesi dalam kebun neh, iaitu sesi mencari dan membuang pacat yang naik dan gigit kaki or badan. geli x? haha. gila xgeli. aku da lama xpegang, geli la jugak. sepupu aku, adik si Toiq neh, si AM punyala banyak pacat dok gigit kat kaki dia. darah xyah cakap la. memang banyak. punyalah excited menebang coz nak dapat Rm50*kalo tebang pkok*, sampai xprasan pacat nek kat kaki. pacat tuh pon smpai kenyang la. xyah buang, die jatuh sendiri dari kaki. 

Rescue?? haa, sape lagi kalo bukan kezen aku si Ila tu. dia mmg kalo masuk hutan mesti bawak suratkhabar, pemancis api ngan minyak gamat. haha. cukuplah tuk ubat sementara. yang si Toiq neh pon banyak gak. ada la dalam 3-4 ekor. abang aku yang ikut balik kmpg jgak kna sekor. kezen aku, mak aku, makteh aku, adik aku ngan my nephew xkena plak?! aku??! opkoslah kena. sekor pacat. nasib bek gigit kt celah jari kaki jek, kalo kat badan, memang ssah nk detect la. hehe. elok kluar dari kebun jek, truz g carik air. dahaga beb. ape lgi, g lepak umah Tok long ak la. siap wat air oren lagi. haha. demand betol~ kehkehkeh.

                                                            ************************

HARI KE-3
hari ketiga plak, kami dapat invitation pegi kenduri tahlil ngan cukur rambut bayi kt umah ayah Maktam aku.
asalnya plan, aku juz nak antar mak aku jek pegi, coz aku ngan kezen aku xbawak balik baju kurung la. yela, bukan balik kampung nak g kenduri kan. balik cuti jek. tapi da sedara-sedara yang jemput kan. kena pegi jugak. tp baju???! ermmm.




taraaaaaa.... !!!!! cantik x baju yang aku ngan kezen aku neh pkai. haha. setelah penat menyelongkar almari tok aku. ni la baju yang berjaya aku dan sepupu aku, Ila jumpa. memang agak susah  mencari baju kurung neh, sebab suma xkena saiz. kain elok, baju plak singkat, tangan pendek. ada tu, baju elok tp kain plak wat hal. xcukup kain. pendek jek. yela, da tok aku kecik je orangyer. cucu plak, tinggi kemain. hehe. memang baju dia suma xda saiz la. ni pon jumpa lepas menyelongkar-menyelongkar baju-baju tok aku. dan baju yang aku pkai dan kezen aku pkai adalah baju yang owang kasi kat tok aku. tu pon baju yang aku pkai tuh, singkat skit kat tangan. tapi, biar la, sekejap jek. tudung hijau neh pon tudung tok aku. haha. memang complete la barang tok aku. kezen aku pkai jek selendang yang dia bawak. match ke x, belakang jugak kira. hehe.
walaupon corak baju neh agak oldskoll, tapi baju ni yang telah menyelamatkan aku dan kezen aku. cewaahh!!
so, apa lgi, jomlah g kenduri...........

balik jek kenduri, teruz siap salin baju pegi mandi air terjun !! yeahh! da lama aku xmandi air terjun. kat kampung aku neh ada air terjun. air terjun or Lata Tebing Tinggi. memang besh. kena plak time-time panas macam kt Merlimau skrg ni kan. memang masyukk!! hehe.

ni la picxa kt air terjun tu. dalam pic neh, adik aku yang last. cam beshh kan. hee.


ni plak picxa kezen aku. sonok dia mandi. hehe.

hehehe. picxa aku?? picxa aku xde. sebab? ermm. hee. air terjun neh dekat jek ngan umah tok aku. dalam 5 minit jek kalo merempit nek moto. time aku pegi neh, memang penuh owang datang mandi. bayaran masuk RM1 tuk keta, ngan RM0.50 tuk moto. tapi, slalo aku pegi, xkena bayar coz owang yang jaga pondok bayaran nih pon kire sedara-sedara aku jgak. bau-bau bacang gitu. hehe. kau slalo angkat tangan jek, teruz dowg tawu, 'oh, dia neh balik kmpung'. xpe, free. hehe. ala, kalo nek keta singgit je pon. moto 50sen. murah jek. lagipon yang jaga pondok tuh, budak2 kampung jek. budak skola rendah. bayar je la, kasi dowang side income mase cuti. kehkehkeh. baik kan aku pomot?! hahaha.

                                                           **************************
HARI KE-4
laaa, sedar xsedar da 4ari da aku ngan family kat kampung. xpuas lagi la. tapi okeh la. dapat gak balik. huhu. ari nih rutin aku, aku ngan kezen aku kena g antar Makcik Pah aku g stesen bas coz dia nak balik umah dia kat Ipoh. Makcik Pah nih kire makcik aku jgak la coz dia anak kepada TokLong aku tadi. dia mintak tlong antarkan ke Pekan Selama. agak jaoh. tapi xpa, sekejap jek, dalam 20minit smpai la. lagipon, kezen aku plan nak g market besar kt Selama tu. nak beli Ikan keli. sampai jek kt Pekan Selama, dropp kan Makcik Pah aku tuh, teruz kami bertiga dengan my nephew, budak kecik xensem tu opkoslah ikut. g jek market, truz carik ikan keli. kezen aku rindu nak makan ikan keli bakar cicah air asam. perghhh !! memang naik ar nafsu makan aku. da beli ikan, g la jenjalan kat market tu kejap. beli sayur sikit2. xyah beli banyak2, nanti xda owang nak makan. rinih kan aku ngan family yang len yang balik kampung jugak, suma pakat nak balik pas lunch. so, xyah lauk banyak2. hehe.

sampai jek kat umah, teruz kezen aku meluru carik tok aku. sebab??! hehe. nak mintak tolong siang ikan keli la. kami mana pandai. kalo ikan len xpe. dun wory, dgn tenangnyer bley wat. tapi ikan keli? ohh tidakk!!  da siap siang, pe lagi bakar ar. menu ari tuh : gulai ikan+sayur bayam goreng+ikan bakar ngan air asam+ perut rebus+sambal belacan+telur dadar+ikan masin... perghhh!! terbaek ah. hehe. lauk gulai ikan, sayur bayam, air asam, smbal belacan,..pendek kata sumanya aku yang masak. kezen aku? dia bakar ikan keli dia jek. hehe. tu fokus utama dia. haha. yela, suma kami dua yang wat, coz mak aku & maklang aku telah mengeluarkan arahan, "hari ni anak dara, cucu tok benah yang masak!!" xpa, kami memang pandai masak! *cewahhhh~ hahaha. no hal la. :)



 ni time aku ngah sagat kelapa. sagat tuh hapa?? sagat mean kukur kelapa tuk amik kelapa parut. paham adek-adek? hehe. besa la, dok kampung, kita kena mengamalkan adat hidup di kampung. so, nak masak gulai, kena ada santan kelapa kan? so, g kopek kelapa, buang kulit sabut dia, pastu belah dua. then, sagat lah. hehe. senang jek. tempat sagat or parut tok aku punya tu memang antik kan?! hehe. yela, buat sendiri tuh. berkurun lama, xrosak pon. rilek jek simpan dalam stor. nak guna, amiklah !! so, gadis2 kt luar sana, kalo nak amik hati mak mertua, boleyh la tunjuk skill sagat-menyagat tuh. confirm dapat punya. silap2, jadik menantu kesayangan beb! hahaha.

ni plak ikan keli yang telah selamat disiangkan dan dibakar. ermm, marvellous. hee.

 inilah moto kesayangan paktam aku. dan moto ni jugak yang aku guna tuk pegi mandi air terjun tu. malas nak bawak keta, ssah nak parking.

dan ini adalah BUBU !! anak kucing yang mak aku bawak balik, dan ditinggalkan kt kmpung masa raya puasa taon lepas. banyak sangat nak kucing kat umah aku, so, BUBU neh dihantar pulang ke kampung untuk menjaga tok aku. dia la kawan tok aku skunk neh. dgar ckp tok aku ja. kalo aku cakap, dia wat xtawu jek. tension betol!!

sebelum balik tuh, da siap2 pack barang, simpan barang masuk bonet keta suma siap. aku panaskan la enjin keta dulu kan before jalan. sementara tunggu tu, apa lagik!! POSE ! hehe.






hahahaha. sempat lagik kan. nih pon, mak aku da bising panggil, ajak balik. ada banyak lagi picxa neh. tapi aku letak sikit je la. xbleyh banyak2 !! hehe. but, last not least..

 inilah tok aku !! BENAH BINTI JAAFAR !! 
comey kan?! cam aku. hakhakhakhak.
tok, len kali kami balik lagi ya !!

kyla. ckup la entry kali neh. 
ni pon panjang sgt da. hehe.
As Salam...
Daaa...~




No comments: