Assalamualaikum! hola! anneyeong! kehkehkeh .
rindu aku tak? tak? cehh. ciss.. cissss .. mancis betul. haha!
malam neh nothing much nak bebel typing sangat pun.
just tetiba teringat kat belog. rasa nak update entry. rasa la. rasa.
pastu, rasa macam kena updated belog gak.
tu yang rasa jadi ntah apa-apa. dan akhirnya, updated jugak entry baru.
sebab dalam seminggu dua mendatang akan busy yang amat.
kesian, “busy” disalahkan kerana taknak. haha!
ayat lecturer aku. tapi, ni busy betul.
bukan busy yang dijadikan alasan sebab taknak.
ini betul-betul busy punya. ada program kelab. program DPP.
program sendiri. err.. program tidoq? ihiks. .
okaylah. dah. stop it salwa! stop nonsense.
malam neh just nak updated entry pasal novel reviews.
sapa penah baca? sila angkat kening, macam ziana zain. hehe!
bagi yang penah baca, best tak? best tak? best kan? kan? an?
best kot. okay. novel ni ditulis oleh sis Lynn Dayana.
Novel ni kisah pasal Anis Sofea dan cinta-cinta hatinya.
mereka berlima bersahabat baik, Jenny, Hafiz, Amran dan Iskandar.
Anis seorang gadis yang sangat kuat dan kental hatinya.
jatuh hati pada kawan baik sendiri, Iskandar.
Rasa hatinya diketahui oleh rakan baiknya juga, Hafiz.
Hafiz la yang banyak bagi semangat tuk Anis moved on.
Cinta Anis dengan Iskandar berakhir bila Iskandar decide nak kawen.
Anis sedih. Bawak diri.
tapi masih mampu tuk datang majlis rewang Iskandar.
sedih dan frust dengan Iskandar,
dan bebanan tugasnya sebagai dr cinta buat Anis jatuh sakit.
Pertemuannya dengan Kamarul Baharin sewaktu menjalankan tugas,
membuahkan perasaan yang lain. “He’s Amazing!”, kata Anis.
niat untuk membantu Maryam berakhir dengan masalah pada diri sendiri.
Terjerat dalam konflik Kamarul-Maryam.
bagi Kamarul/kamal, Maryam masih budak-budak,
namun diikutkan juga atas kehendak family.
Datangnya Anis menganggu-gugat mindanya.
lebih baik Anis daripada Maryam.
di hati Kamarul juga ada Anis.
Konflik Maryam dan bidang tugas kerja Kamarul sebagai penyiasat,
buat mereka rapat walaupun memasing sibuk.
Helah Kamarul, wujudnya Ashraf Hadi.
konflik mula wujud apabila Maryam dibunuh,
cinta Anis ditolak kerana rasa bersalah terhadap Maryam.
Asyraf pula da rapat dengan Anis,
dan akhirnya Ashraf jatuh hati pada Anis.
Konflik bertambah sewaktu adanya Izrin menuntut cinta Kamarul.
Anis diculik oleh orang yang cemburukan hubungannya dengan Kamarul.
Ashraf cuba membantu Kamarul dan Anis.
disebabkan taknak Anis cedera seeaktu bersamanya,
Kamarul tolak cinta Anis, tutup pintu hatinya hanya kerana kejadian Maryam.
Wujudnys Izrin sebagai pembantu,
Kamarul setuju untuk berkahwin dengan Izrin kerana janji.
kali kedua, cinta Anis ditolak dan again,
digantikan dengan kad kawen Kamarul yang akan berkahwin dalam sebulan.
kata-kata semangat Hafiz dianggap cabaran.
“buat apa ingatkan orang yang dah taknak kat kita...
carilah orang yang sayangkan kita, Anis.” – Kata Hafiz.
Anis tekad. dia juga harus berkahwin. sasarannya Ashraf Hadi.
dalam masa 2 minggu, Anis berkahwin dengan Ashraf.
Lamaran pepatah perigi cari timba dipraktikkan.
Anis melamar Ashraf hanya kerana rasa marahnya pada Kamarul.
Namun, jodoh sememangnya Allah yang tentukan.
siapa sangka jodoh Anis dengan Ashraf. Malah, lebih bahagia.
Bahagia bila cinta Anis tidak lagi disewa, namun telah dihakmilik.
Sinopsis Novel :
Hei, ini doktor cintalah! Doktor cinta yang menyewa cintanya untuk mereka yang buntu dalam menilai rasa. Itulah Anis Sofea. Namun, bila cinta mula bertandang di hati, dia kibar bendera putih. Dia menjadi doktor cinta yang gagal.
Pertama; Anis jatuh cinta pada Iskandar, sahabat baiknya. Tapi... cintanya tidak berbalas, malah terus terpendam. Parah!
Kedua; Hatinya terpaut pada Kamarul Bahrain. “He is amazing!” Tapi sayang, Kamal lelaki yang sudah berhenti percaya pada cinta.
Ketiga; Ashraf Hadi, lelaki paling cerewet yang pernah Anis jumpa. Kamal kata, Ashraf itu sesuai untuk dirinya. Gila apa? Ashraf itu karbon dioksida, bukan oksigen!
Susahnya mahu menggapai makna bahagia. Namun, janji ALLAH... manusia diciptakan berpasang-pasangan. Jangan sesekali mudah mengalah.
komen aku :
novel neh best. jalan cerita senang paham.
geram sangat dengan Iskandar.
sahabar yang takbertanggungjawab.
lupa kawan bila da bahagia dengan Dayang.
Wujudnya Kamarul, macam bagi sinar baru pada Anis.
“He’s Amazing !” tanda In love at a first sight ke tu sis lynn dayana? haha!
part hantar bunga berpuluh-puluh pasu.
jadikan umah Anis macam nursery sangat comel.
pujuk kaedah alaf 21 ke ape tu? haha.
tapi, hanya sebab rasa bersalah atas kematian Maryam, cinta Anis jadi mangsa.
mana boleh ! mati, ajal maut ada di mana-mana ja.
sapa suh si Maryam tu p tempat Kamarul keja.
kan da kena tikam. eeeii.. geramnya lahai ngan Maryam.
betul kata Kamarul, Maryam is childish. sangat !
kad kawen Kamarul dan Izrin pengganti diri.
wat rasa macam aku nak hempuk-hempuk ja Kamarul.
nasib ada Ashraf. Akauntan muda yang berjaya.
susah payah, gigih betul nak tackle Anis.
first time kena propose dengan girl. Anis lagi pantas dari Ashraf. haha!
so sweet la Ashraf. such a lovely and gentleman person.
walaupun perangai annoying dy tu rasa macam….
eeiiiii… ! blah la kau ashraf, sebuk ja ngan Anis ngan Kamarul.
hahaha! tapi, yang annoying tu sebenarnya jujur dan baik.
Ashraf family oriented. da susah nak jumpa sekarang. .
ending, paham je la ea. best kot !
taksabar nak tunggu next novel sis ! hihi.
novel Cinta Untuk Disewa neh, novel ketujuh sis Lynn Dayana.
aku pengikut setia penulis dari novel 1st.
Jika Benar Cinta. Hakmilik Cinta. Tarikh Luput Cinta. Cinta Edisi Terhad.
Juara Carta Cinta. Cinta Perisa Dia dan last Cinta Untuk Disewa.
dari zaman aku sekolah menengah.
tapi, hanya start beli novel sis Lynn Dayana masa diploma dulu.
first novel yang dibeli, Cinta Edisi Terhad.
dan keluaran lepas tu terus follow dan beli sampai novel CUD neh.
suma tujuh-tujuh novel sis sangat best. lawak selamba.
rilek jea baca. lepak-lepak chill rilek je bhai. sangat best ! hihi. .
dahla. tengah sakit kepala neh.
nanti aku updated lagik.
till then, assalamualaikum.
adiosaa__