Thursday, November 24, 2011

MALAYSIA BOLEH !!

As salam...
apa habaq bloggerdian suma..
anneyeong haseyo chingu ! :)


aku xda idea sangat nak wat entry apa..
tapi just nak menyatakan yang aku kagum ngan skuad bola kita.
dahla aritu menang sukan sea ngan Indon.
kelmarin dowang ada game ngan Syria tuk kelayakan suka olimpik 2012.


walaupon kalah, tapi aku kagum..
kagum sebab dowang maen dengan penuh semangat..
Team pertahanan, mahali, muslim, saidin ngan zubir.
memang sibuk ngan guard benteng Malaysia.
Khairul Fahmi Che Mat aka Apex lagi la sibuk.
Midfielder Malaysia, dan Striker Malaysia lagi kena teruk ngan Syria.
Syria banyak attack. serius panas game semalam. (23/11/11)
walaupon Malaysia kalah 2-0 ngan Syria..
tapi aku kagum ngan Team Malaysia.
Belum pon hilang penat, da kena main lagi tuk Sukan Olimpik.
Dah la banyak player yang injured, rmai yang xleh maen sebab da terlebih umor.
macam-macam dugaan la, tapi dowang ada semangat main yang tinggi.


Nak diikutkan game kelmarin memang Malaysia boleh kalah teruk.
Tapi, player yang terbaik, dowang berjaya Guard benteng Malaysia.
so, hanya 2 gol Syria ja yang berjaya bolos dan Apex xsempat nak tangkap.
Malaysia Kalah? Xpa la, janji dowang menang ngan Indon. hehe!
Harap-harap Harimau Muda boleh menang game ari ahad nie.
dowang akan lawan ngan Bahrain. orang kata Bahrain kuat.
Tapi, Harimau Muda lagi kuat. kan?! hee.


aku ada dengar gak yang negeri Selangor nak beli Bonai ngan Manggai.
dowang ni skuad Indonesia yang diimport tuk serap masuk dalam team Selangor.
maybe tuk game Liga Malaysia 2012 kot. 
Taon nie kan terengganu menang.
Tapi, tak taw la. aku bukan taw sangat pasal bola nie.
just satu ja aku harap. nak import player luar tuk game under negeri aku xkesah.
tapi sebolehnya, kalo game besar yang melibatkan Team Harimau Muda & Harimau Malaya.
Aku harap sangat yang pemain import nie TAK TERLIBAT.
sebabnya? sebab aku nk orang Malaysia sahaja yang tunjukkan bakat dowang.
aku rasa tak besh kalo orang kata kita menang sebab ada player import.
sangat - sangat rasa tak besh. 
lebih baik orang cakap kita menang sebab menang MALAYSIA player.
bukan IMPORT player. :)


p/s :: rajin pulak aku hupdates pasal bola lately nie kan? haha!


Till then,
Adiossa__

Tuesday, November 22, 2011

..aku nanges..

As salam..
anneyeong haseyo bloggerdian suma..


aku tak taw nak updates apa tapi yang pasti..
aku nak gitaw yang aku SEBAK + TERHARU + NANGES...
sebab MALAYSIA MENANG BOLA tadi.


TERIMA KASIH HARIMAU MUDA...
TAHNIAH HARIMAU MUDA...


walaupon pada awal agak kuciwa sikit,
yela baru 5 minit main, Indon da gol sebijikk.
tapi aku positif, optimistik bahasa buku,.
dan ALHAMDULILLAH sebelum separuh masa pertama tamat,
MALAYSIA gol satu. so, seri ya kawan-kawan..


masuk 2nd half, plus masa kecederaan 3 minit.
still sama. remain 1-1.
ada gol tapi tak dikira sebab tendangan dalam kotak offside.
then, rehat 10 minit.
sambung main 30 minit masa tambahan.
15 minit terakhir. 
**consider separuh masa kedua bg masa tambahan..
Indon memang push habis-habisan.
benteng pertahanan MALAYSIA memang superb!
indon tak boleh tembus walaupon ada gak cubaan yang membahayakan.
tapi berjaya di tepis oleh Apek. goolkeeper MALAYSIA.


akhirnya, kedua-dua pasukan sangat bersemangat nak MENANG.
di pusingan penalti. MALAYSIA berjaya jaringkan 4 biji gol.
Indon berjaya masuk 3 gol ja. so, FINALLY..
MALAYSIA MENANG PENALTI 4-3..
kalo campuq ngan seri tadi, so total MALAYSIA menang 5-4.


time MALAYSIA menang tadi aku da sebak da.
TERIMA KASIH BADDROL BAKHTIAR 
untuk jaringan penentuan & juga yang terakhir.
ALHAMDULILLAH, rezeki MALAYSIA.
TAHNIAH & TERIMA KASIH 
kerana BERTAHAN sampai ke penghujung masa tamat.
aku taw dan aku nampak korang suma memang da penat.
tapi, still bertahan sebab nak MENANG UNTUK MALAYSIA.


time nyanyian lagu NEGARAKU-MALAYSIA...
serius aku sedih. sedih gembira.


..TAHNIAH HARIMAU MUDA..
..TAHNIAH MALAYSIA..
..TERIMA KASIH HARIMAU MUDA..
..TERIMA KASIH..
..TERIMA KASIH..
..TERIMA KASIH..


jaripesan :: malam nie skuad Harimau Muda akan pulang ke MALAYSIA.
naek kapal terbang KHAS tuh.
GUD LUCKS tuk rabu nie.
Esok rehat sekejap..
sebelum lawan Syria pulak hari rabu ni ya.. !
have a gud rest. :)

p/s : aku tak taw nak express macam mana keseronokkan aku nie.
tidoq malam sambil senyum kot. hehe!
p/ss : first time kot aku dapat hafal almost semua player. haha!
p/sss : aku suka la referree jepun tuh. :)

till then,
adiosa__

Saturday, November 19, 2011

..kenangan SPM..

As salam suma..
anneyeong haseyo chingu ya!
korang sehat? aku kurenggg sikit. 
ngah batuk-batuk lak! mungkin sebab cuaca kot, keja dalam opis..
time lunch ngan balik tengah panas.
panas, sejuk, panas, sejuk.. sakit tekak lak. then batuk.
jangan demam sudah.
aku taknak cuti oitz.. abes gaji kena potong. hee!


okelah, dok rilek-rilek pon, 
tak sedar yang dah seminggu SPM berlangsung kan?!
ceewahh, cam ko yang amik SPM Salwa-shi oit. haha!
oleh sebab tuh, aku nak share gak sikit kenangan masa aku SPM dulu.
taon bila eh?? ermm..2007 kot! 
yes, sure-konfom-pasti...
aku SPM taon 2007.. 
sape yang sama ngan aku angkat kening weyh. haha!



antara kenangan yang paling aku ingat ialah...
gelagat seorang pengawas exam time tuh.
untuk SPM 2007, aku duduk depan sekali.
korang bayangkanlah bila kita duduk depan sekali,
memang akan jadi mangsa pengawas2 exam yang mai tengok.
tak tenang woit baq ang ! serius..!
tu kira okeh lagik, cherita aku bermula disini..*ceewahh..haha!
nama dan watak sebenar dirahsiakan. hikhikhik~

                ***************************************************************
pengenalan : Mista A (a guy), Mrs B ( a gurl) & Miss C ( a gurl)

masa aku exam ritu, aku duduk depan sekali.
row nombor tiga.. kira akan jumpa aku dulu la tuh~
dewan sekolah aku plak masa tuh adalah kelas lama.. 
yang mana pintu ditengah-tengah boleh dibuka..
so, buka 1 pintu akan jadi 2 kelas..
dan waktu exam tersebut kelas suma ada 6 kelas,
yang dihubungkan setelah pintu ditengah-tengah dibuka.
tapi, consider 5 kelas je la, sebab 1st kelas da burn, 
sebab dimodifiedkan jadik stage tuk any event.
**oh ya, kelas tersebut memang da termaktub tuk dijadikan dewan nyer.. :) **

jadi meja aku bermula dalam kelas kedua.
time kenangan nie jadik masa English paper (Objective)..
Mrs. B adalah seorang kakak yang bekerja kat sekolah aku... 
dan beliau adalah Mrs. yang baru je berkahwin..
* gosip-gosip la cakap..*
dan takda seorang pon kenal sape si husband dia.. except si cikgu2 la.. hehe!
Mista A plak ada ketua pengawas exam kat sekolah aku..
dan Miss C plak cikgu dari sekolah budak pandai gakla..
kalo aku tak salah laa. 
**sekolah aku pon sekolah budak pandai whut..~
and if i'm no mistaken gak la, hari tu da kira da masuk minggu kedua exam SPM.
aku just dengar-dengar je yang si Miss C nie minat kat si Mista A.

and nak dijadikan cerita, on that day....
si Mista A p lepak kat office sekolah aku dan bergurau senda ngan kakak Mrs B. tengah exam neh. 
almaklumlah, subjek English, and ABC lak tuh kan..
so, mesti abes awal gak la. hee!
dan nampaklah adegan bermesra-bergurau senda tu kan.. hehe!
da duduk depan, mesti la nampak. 
plus, aku pakai spec lak time tuh..
clear water no buaya laa.. haha!

dan..jeng-jeng-jenggg.... 
si Miss C lak sambil-sambil ushar kiteorang si candidates neh..
dia ushar gak adegan bergurau senda tuh.
yang beshnya, dia punya la terhendaphendap nak tengok..
and at last... bukkk !!
aku da tunduk dah. no komen! mulut tahan gelak.
mata fokus baca exam paper..
kunun-kunun dok pulun tulis jawapan la tuh!
kira aku sopan gak la kan...
tapi yang sangat slumbernya member aku neh..
si mamat sebelah meja aku, classmate aku gak. mamat H.
dia da bantai gelak da.. kaw-kaw punya gelak.
tapi still control lagi la, tak la sampai satu dewan dengar kan..
tapi cukuplah tuk aku dan member yang satu row dengar termasuk sekali si Miss C.
aku da terjegil mata kat mamat H neh. 
isyarat suruh cool down gelak.
dan-dan dia tutup mulut. baru ingat ka apa! ceitt. 
Miss C da dengar da.. so, memang termalu la dia.
sian kat Miss C.. aihh, mamat H neh. 
aku pon just senyum-senyum je la. hikhikhik~

nak tawu apa jadik? 
haa.. Miss A terlanggar pintu kelas ..!
serius weyh, kuat kot !! 
boleh plak time tuh kami (aku & mamat H) tertengok benda sama..
dok tengok adegan Miss C neh.
aku pon tak perasan actually, si mamat H nie la ajak aku tengok.
dia bagi isyarat suh tengok Miss C, apa yang dia buat..
tak sangka lak Miss C boleh terhantuk kat pintu kelas tuh..

lepas ja adegan tuh,.. 
terus Miss C datang meja aku ngan mamat H. 
dia berdiri antara kami berdua la, yelaa. sebelah-menyebelah kot!
dengan slow voice dia tanya kami dua....
Miss C : "dowang dua tu kawan lama ka?"
aku : just senyum je, no komen! :)
mamat H : "dowang dua (which mean Mista A & Mrs B) is laki-bini.. baru kahwin."

terkejut gakla Miss C. Kesian gak aku tengok.
pastu Miss C senyum jek kat kami dua.. then blah.
lepas jek paper tuh, aku tanya mamat H..
aku : "weyhh H****, takkan Miss C minat Mista A kot?"
mamat H : "minat la kot, ushar tak mau-mau punya dari 1st day ritu lagik."

hahahaha. gelak ja aku. okeh! biarlah.
wat macam tak penah terjadi apa-apa.
wat macam tak nampak apa-apa.

                      **********************************************************

haa, gitulah kesahnya..
senyum jek bila aku teringat..
semoga Miss C jumpa mamat idaman hati.
semoga Mista A & Mrs B berbahagia hendakNya.



jaripesan :: aku nak masuk sekolah balik boleh? 
please say, Boleh! *wink..wink..!

p/s :: antara entry aku yang panjang gak la kan?
anyways, thanx for stopping by and reading. 

oh ya, Malaysia Menang 1-0 lawan Nyanmar .
tuk Sukan Sea Palembang 2011 rinih.. 
CONGRATULATIONS MALAYSIA.. :)

Saturday, November 12, 2011

MATLUTHFI.

As salam..
anneyeong haseyo !!

nie latest video by my pakwe.
haha! PERASAN~
besh sangat, 
walaupon ramai yang kutuk and xpuas hati pasal video neh.
tapi aku suka. 

tagline matluthfi90,
 "no offence, if you really understand these lyrics, 
do enlighten me (or we). 

mungkin aku buta seni."

pada yang komen bukan-bukan and macam-macam kat utube tuh !
stop it guys, jangan dok kumpul dosa kering.

its just an opinion of him.


or kat sini pon bleh tengok.



haha. over !

enjoyed it guys! :)

till then, 
adiosa__

~ gurlz outing ~

As salam bloggerdian sumaa...
holaaa.. anneyeong haseyo chingu !!
hehehe..long time no see rite?

aku sehat? sehatkah? baru ja Incik Migrain balik tadi.
skunk baru okeh skit, tu yg boleh on9. haha!
korang wat ngah wat apa?
jangan ckp ngah on9, aku hawing sorang-sorang satgi. hehe!

ermmm, nak wat entry apa ya kali neh.
ahah ! ting-ting !!
aku taw daa. 
aku nak share ngan korang kesah hang-out aku ritu la..
bersama hari kedua raya haji ritu...
**raya haji ada hari kedua kah? bia la.
senang tulis, hari isnin lah. raya haji tahun nie kan jatuh hari ahad.
so, isnin aku pon cuti. last minute plan jgak sebenarya nie.
kengkawan sekola menengah ajak kuar, nak lepak la..
konon nak p jenjalan. Gurls hang-out gitu!
agak banyak tempat gak la kitaowang p pusing-pusing.

member-member aku sangat la baek, 
siap mai amik aku kat umah lgi,
gila punya semangat nak ajak aku kuaq..
besa la, aku kan comeyh? eh,, tetiba ! haha~ *abaikan.
member aku nie sebenarnya member sekola menengah dulu, SMKPTJ..
aku kenal dowang dari form 1 sampai form 5. 
tapi si sarah nie sampai form 3 ja,.
sebab dia pindah p sekola musuh sekola aku. sekolah apakah? 
xyah cakap la. agak pemes jugaklah sekolah tuh. 
tapi, sekolah aku lagi pemes!! haha.
korang tengok la pic nie suma, aku story by picture je la eh? hehe!

korang kenal x sapa neh? it's me laa.. :)
aku taw mesti hampa nak cakap,"ehh, picture DP mukabuku"
yes, aku wat DP mukabuku. shining kan?
lampu pendaflour la tuh punya backlight. haha!
non-edited taw. ori punya. hee~ :)


ni plak Sarah Raisuddin, eh..Sarah Shuib. 
or mukabuku dia Sarah Shizune.
budak MICET, MELAKA. :)
aku pon xtaw apa benda Shizune tuh. nanti aku tanya dia. hik!
dia driver, aku penunjuk arah jalan.. tyme balik aku plak drive.
1st tyme aku bawa keta KIA SPECTRA weyh.. 
agak excited aku sebenarnya. hehe~
walaupon tu keta Makcik Zah, mak dia.
aku kenal mak dia weyh. haha!

yang nie plak Eika or Zulaikha Atiqah. budak UPSI. 
dia jadi co-pilot dok sebelah si sarah nie,.
tapi xtaw jalan, aku yang tunjuk jalan nak p mana. hehe!
sorry ika. :) dia gak kaki posing, 
dalam kamera member aku tuh, pic dia paling banyak. sakan ! haha.
aku gurau ja! chillax ya. hehe. :)

ni plak Siti Nurain, dia la mastermind suma neh. 
budak UPSI gak cam si Ika nuh.
kami posing guna kamera dia la, Canon tuh. 
digital kamera mahal beb! haha.
aku ingat ain cakap masa nak balik tuh, 
dia cakap kita ambik gambar banyak-banyak xpa,
nanti balik mak dia mesti nak tengok. pastu PUJI. haha! kan ain? :)

1st place yang kami p ialah Queensbay. 
ada lagi pic kat QB nie, tp ain lupa nak bg akt aku, 
so aku xdapatla nak buh kat cni. hehe. 
sebenarnya agak segan nak pose kat situ, 
tapi teringin dan nak habaq kat orang punya pasal yang kami p QB. 
* motiff !!
amik gak la. dahla benda nie kt tengah-tengah roundabout. aihh! hehe.






ni suma masa kat dalam QB. plan nak p maen bowling.
tapi sekali xdak la plak, yang ada skate.
tp pikiaq yang member aku si AIN tuh pakai dress labuh lak.
xkan nak maen skate pkai kain kan? kang terr...nanti. 
haa, sapa nak jawap. hehe.
lagipun aku ja yang excited nak maen skate. yang len x! haha.




kami DUTA kecil Tutti Frutti. haha!
tu la, pas p QB, depa kami teringin nak makan tutti frutti lak.
aku okeh ja, sebab aku pon 1st tyme nak p makan kat situ. hehe!
nie suma NajwaLatif punya pasal.
kan videoklip Cinta MukaBuku wat kat tutti frutti.
kami pon sebok nak gak wat dramaklip kat situ. haha! :)


macam sedap kan? memang sedap pon.
duit pon sedap lah. hohoo~
nak taw harga berapa? 
okeh, tengok bill bawah...



see?? agak mahal ya.
tapi awat najwalatif punya murah? hehe. 
dia DUTA Tutti Frutti betul-betul kot kan? 
lagi pun dia amik ciput, ringan.
kami amik banyak dan bila timbang berat weyh..
walaupon kami baru lepas makan NASI kat QB. hehe!

then, kami p lepak kat Straits Quay lak.
siyes cantik gila tahap tak ingat.. 
cantik tahap petala kelapan punya la !
siyes weyh. korang patot p.
tapi, kena untuk tujuan baik la..
kalo korang plan nak p dating-datung ngan pakwe makwe korang..
aku pesan awal-awal, jangan SEBOK nak p.
sebab aku taknak tempat nie tercemar ngan budaya yang tett !!
tempat nie cantik tuk orang yang menghargai keindahan alam.
especially untuk si photographer-photographer..
si family-family bawak anak bini beriadah.
memang superb. walaupon tempat dia cam tuk orang KAYA..
orang KAYAP xboleh ya kawan-kawan. hehe!
tapi aku kami p gak,. sebab cantik.
kat depan banggunan, 
laluan untuk masuk tu memang tak nampak macam tuk beriadah.
sebabnya, banggunan MAHAL kat depan. 
kawasan riadah, permandangan yang cantik-cantik, 
nak tengok laut yang lagi MAHAL ciptaan ALLAH,
kat belakang yea. :)





















da puas jenjalan. da banyak pic amik,.
sebenarya pic Ain pon banyak. dia lom kasi lagi. 
xdapatlah aku nak buh.
kami pon balik.
aku pon da letih typing bebanyak.
aku nak out dulu yea.

and for my besties' 
SITI SARAH SHUIB, NUR ZULAIKHA ATIQAH & SITI NURAIN..
thanx for giving me the best memories. 
thanx for choosing me to be your friend.
thanx for put me in one of your friend list, in MukaBuku..haha!
and THANX FOR EVERYTHING my dearest love.

"KAWAN"-1 maksud yang besar.
terkenang pada budak yang nakal, budak yang rajin belajar, 
1st time kena denda ngan cikgu *aku xpenah kena, hee!* 
& banyak lagi peristiwa happy yang berlaku masa sekolah. 
Bila dah dewasa, banyak benda yang kita lalui masa kecik akan hilang 
dan masalah jugak akan bertambah.
Kawan dah berpindah ke overseas untuk kerja, 
bekerja untuk masa depan.
Kekadang ada masanya kita akan terkenang kengkawan 
yang dah lama tak jumpa.
Maybe keadaan dah berbeza tapi apa yang kita lalui 
akan sentiasa menjadi memori..
MEMORI YANG PALING INDAH SEKALI.
*copycat dari mukabuku SMKPTJ, posting by Haniff Ishak or Mat Anip.*
serius, aku rindu zaman sekola SMKPTJ weyh.
zaman asrama, tyme sebok nak join ASAT.. 
tyme sebok nak PMR & SPM.

serius, AKU RINDU GILA TAHAP TAK INGAT zaman tuh.

till then,
adiossa__