Monday, January 14, 2013

packing itu mengemas

Assalamualaikum.
Anneyeong Haseyo..
Holaa..

selamat tengah malam yeorobeon! hee.
sebab masa aku taip nih, da pukul 12.54malam.
so, wish selamat tengah malam la kan? hihi.

takda apa nk update sangat.
just nak share perasaan malas.
malas nak packing.
malas nak angkat barang.
malas suma nya laa..

teruk kan perangai.
aku memang bab mengemas slow sikit.
tapi kalo da kemas, 
jangan tanya kalo barang yang ada, tapi tetiba takda. 
sebab aku da mengemas.
aku amik buang je benda yang aku rasa tak perlu dan tak guna. haha!

sebab tu aku malas nak mengemas. 
kalo aku dapat pilihan mengemas dan memasak.
dan opkoslah, aku akan pilih memasak.
sebab aku suka memasak.
memasak wat aku rasa happy gila.
bahagia hidup kalo dapat masak.

kalo aku balik kampung, lagi rancak memasak.
sebab dapur tok aku best.
dapur kayu api. bole wat ikan bakar.
paktam aku selalu g memancing.
dan ikan keli suatu kemestian dia bawak balik.
so, ikan keli bakar is de best choice.
makan dengan air asam. perghh!
okeh, balik nih, nak g market, beli ikan keli.

haaa.. kan da menyimpang topiknya.
jangan tanya pasal memasak ngan aku.
alergik sikit. sebab aku suka memasak. 
nanti panjang je cerita memasak aku. haha!

kesimpulan nya,
AKU MALAS GILA NAK MENGEMAS !!
tolong. nak maid sorang please!
amboih, kat rumah pun takda maid, 
bole je mengemas, mengada la ko salwa.
haitcait.

till then, 
Adiossaa__


Sunday, January 13, 2013

.bunga lavender.


Assalamualaikum.
apa kabar lavenderian ku sekalian...
moga sihat sentiasa yea.

entry pasal bunga lavender.
sebenarnya, kawan aku penah sebut pasal bunga.
bila sembang pasal bunga dan pengertiannya.
wat aku terpikir.
kata-kata kawan aku yang wat aku terpikir.

direct to the ampang point.
aku suka bunga lavender.
yang kita paham, bunga lavender takda kat Malaysia.
hanya tumbuh di negara yang beriklim sejuk.
dan opkoslah kat obersea.

aku suka bunga lavender.
first, sebab wangi.
second, sebab warna purple
third, sebab mahal tapi tahan lama
fourth, sebab susah nak jumpa

first time dapat bunga lavender masa darjah 6.
pergi trip ke cameron highland.
kawan beli, then bagi kat aku satu batang.
tanda persahabatan katanya.
suma budak perempuan dalam kelas dapat.
tanda kenangan sebelum kami UPSR.

masa tuh, aku rasa best.
sebab wangi. plus feberet kale aku dari dulu sampai sekarang, ungu.
tapi, aku tau mahal. sejambak bole sampai RM100++.
mahal, atas sebab susah nak jumpa. 
import direct from oversea.

tapi, malangnya aku da jatuh hati kat bunga lavender.
takleh ubah. sampai sekarang.
aku penah beli 5batang, dengan harga RM35.
beli kat cameron highland. masa praktikal diploma dulu.
dan berjaya tahan sampai seminggu. still tetap wangi sampai dy layu.

kawan aku cakap, bunga yang kita suka melambangkan diri kita.
aku gitau dy yang aku suka bunga lavender.
dan aku gtau sebab apa aku suka bunga tu.
dan kawan aku nilaikan.
"ko suka lavender sebab mahal dan susah nak dapat.
sebab tu sampai sekarang ko single, 
sebab ko mahal dan ko susah tuk didekati.
mahal dalam makna kata hanya orang yang betul berusaha je yang dapat ko.
orang bersungguh-sungguh nak kenal ko je, yang akan usaha tuk dekati ko.
so, ko memang special. hanya orang yang ada usaha yang lebih jek dapat hati ko"

tetiba aku terpikir,
mahal sangatkah aku?
aku taksempurna. aku takcantik.
aku taksopan macam perempuan lain.
gelak besar. langkah besar.
lasak. cakap takberalas.
benda tu wat aku mahal?
heh. tipu je kot.

meh kenal sikit ngan bunga lavender nih.







Penampilan bunga lavender (Lavandula angustifolia) memang amat menarik. Bunganya berwarna ungu kecil-kecil dan mengeluarkan aroma wangi. Bunga ini sering digosok-gosok ke tubuh untuk mengelakkan gigitan nyamuk. Seperti layaknya zodia, lavender juga mengandungi linalool. 

Lavender, dengan khasiat aromatik alaminya dikenal sebagai salah satu dari dua belas minyak esensial dalam aromatherapi. Kandungan pemulihnya digunakan untuk menyeimbangkan tingkat kelembaban di kulit, sekaligus menyejukkan dan menghaluskannya.


Aroma lavender, secara psikologi memiliki khasiat menurunkan stress.


Bunga Lavender terkenal dengan wanginya yang sangat harum dan segar sehingga digunakan pada industri minyak wangi. Tunas atau akar dari tanaman bunga ini mengandung ekstrak minyak yang harum dan memiliki banyak fungsi. 


Bunga Lavender dapat melindungi kulit kita dari gigitan serangga seperti nyamuk. Ekstrak atau minyak Lavender juga digunakan dalam pembuatan sabun, sampo dan lotion tubuh. Wangi atau aroma bunga ini mampu menenangkan perasaan kita, sehingga kita merasa santai. Oleh sebab itu ekstrak bunga ini juga digunakan untuk minyak aromaterapi.


Selain itu, Bunga Lavender juga mengandung antiseptik yang dapat membunuh kuman dan bakteri. Jadi, selain berguna dalam perawatan kulit dan tubuh, bunga ini juga digunakan sebagai pembersih dan pengharum lantai.


Kerana wangi bunga ini mampu meritmiskan detak jantung, sehingga seseorang akan merasa lebih tenang dan nyaman. (Sumber : Wikipedia)



perlu ker aku tukar minat ke bunga yang lain?


till then, 
adiossaa__

.tamat.

Assalamualaikum.
Anneyeong haseyo!

I'm back.  wahaha!
rindu aku tak. rindu tak.
tolongla cakap rindu.
bagi aku perasan sikit pun jadi la.  hahaha!
parah nih, sampai camtu sekali kan.
okeh, ignore jek!

just nak inform.
macam ada orang nak dengar and baca.
ahh, tak kira.
nak inform jugak.
yang aku da abeh final exam.
yeayy !!
berjaya jugak aku tempuh suma nih.
macam tak caya ja.
last paper aku,
Information Systems In Organization.
petang tadi. (12/1/2013)
pukul 4.30 aku da kuar dewan dah.
dah sakit kepala nak memikior jawapan.
padahal objektif ja pun.
haha! over kan.
tapi biaqla.
otak aku.
sian tau, aku push dy teruk-teruk.
nasib baik otak aku baik, 
dy tak hantar incik Migrain datang melawat aku.
baik kan? haaa...
paham-paham ja aku nak exam.
incik Migrain or Incik Rain tak mai pun.
adik dy ja kekadang mai melawat.
sakit kepala sikit2 tu normal.
hehe..

so, dengan rasminya.
12 Januari 2013.
aku tamat belajar untuk semester pertama.
Alhamdulillah. 1 semester.  Done.

tunggu je la resultnya macam mana nanti.
harap-harap elok. lulus. takda paper yang kena repeat.
kalo dapat dean list, Alhamdulillah.

yeayy !! hehee.
macam takcaya ja.
seriously, aku rasa macam tak caya ja yang aku abeh da 1 semester.
1st month masuk UUM. aku rasa down gila.
takda kawan. takda  partner. takda minat. takda semangat. 
dan macam-macam perasaan lagi la.
aku just ada 2 orang sahabat yang jugak dapat masuk U sama.
tapi len kos. sorang Edu IT. Sorang HR.
kemana-mana aku dengan dowang dua ja.
Noor Shazwani Fadzil & Nurul Nasihah Abd Ghani.
dowang ni dua duk tradewind, just berbeza aras.
tiap2 hari, tradewind la tempat aku.
da macma bilik no.2 da kat sana.
p study n wat asement pun kat sana.

tuk semester ni, aku dapat sekelas dengan dowang.
kelas Hubungan Etnik dengan Wani.
kelas Kenegaraan,  sekelas dengan dua-duanya sekali.
taksangka. depa jadi kawan.
sebab Wani BFF aku dari zaman sekolah menengah sampai sekarang.
sebab umah kami dua dekat.
kami p cari kerja dulu sama-sama. 
dapat kerja pun sama-sama.
berhenti keja ja tak sama. haha!
sebab aku stay kekal kat 1 company tu ja sampat resign.
Wani, dy benti keja bila cukup setahun keja kat same company.
then try keja kat tempat len 2 bulan.
lepas tuh, baru benti keja terus bila dapat result further study.
si Nasihah atau Ceah ni pulak, sahabat dari zaman diploma.
kami serumah dari semester 2 sampai grad.
dan still contact walaupun dy jauh.
Ceah dy orang taiping.
kami rapat sebab sekepala. aku suka buli dy.
kami suka buli memasing.
aku pair ngan Wani, buli Ceah.
aku pair ngan Ceah tuk buli Wani.
depa pair dua tuk buli AKU. ciss !
paling banyak, aku la kena buli.
nak cita pasal makcik dua orang ni banyak.
next entry la eh.
penat nak taip.
hehee~

thanks jugak pada MMC family.
korang sentiasa ada bersama aku.
banyak bantu dan tolong memana yang patut.
korang memang de best family ever la.
seriously aku cakap. respect kat korang.
aku suka sebab kimia kita kuat.
alhamdulillah. Allah pertemukan aku dengan korang.
dan mungkin juga dia.
terima kasih atas segalanya.
TERIMA KASIH.

apa-apa pun, aku happy sebab da abeh 1 semester.
walaupun orang cakap, 
"elehh, baru sem 1 laa.. ada lagi 5 sem tau.."
tapi, ada aku kisah.
sebab ni bukan bidang aku.
aku still dalam proses nak adapt dengan bidang nih.
so, bila tamat satu semester. aku happy gila.
happy sebab berjaya tempuh stress 1 semester nih. haha!

doakan aku tuk kekal kuat dalam bidang ni eaa..
aku still takut, aku takot tak kuat.
amin. amin. amin.

till then, 
Adiossaa__


Tahun baru yang terlewat.

Assalamualaikum people's !!
Holaa.. Anneyeong haseyo!
korang sehat? aku sehat. wal-lepat-liat. haha!
alhamdulillah. aku sehat wal-afiat..

haaa... 1st thing first.
cantik tak header aku? hohoo~
baru belajar edit PSD sikit-sikit. 
tak cekap sangat, tapi boleh la kan?
yang words tu aku amik dari website luaq jaa. haha!

ah, lupa nak wish. 

SELAMAT TAHUN BARU 2013.

SELAMAT TINGGAL 2012.
MOGA TAHUN BARU NIH LEBIH BERMAKNA.

terlewat 12 hari. takpa kan? 
still consider tahun baru kan?
maaf, aku busy final exam. hehee~

apa azam korang?
aku.. err nak cari kawan lelaki kot. haha!
tetiba malu. ngekk! :p

azam aku tahun ni takda kot.
just nak jadi yang lebih baik dari sebelum-sebelumnya.
jadi orang yang lebih kuat imannya,
jadi orang yang tabah hatinya,
jadi orang yang kukuh pendiriannya,
jadi orang yang mampu menggembirakan orang lain,
jadi orang yang mampu berkorban demi kebahagian orang lain,
dan jadi orang yang melindungi orang lain.
Insya Allah. Amin. Amin. Amin.

Kawan aku penah tanya, apa azam tahun 2012?

  • nak keja, support diri and family - Alhamdulillah, ada pengalaman keja setahun lebih as Company PA.
  • nak sambung study degree. - Alhamdulillah. da dapat.
  • nak p korea.
  • nak beli DSLR.
  • nak p umrah.


tiga yang bawah tu ja belum tertunai. 
nak extend jadi azam tahun 2013 nie?
tak kot. yang tu tukar jadi impian yang belum terlaksana. hihi~

kawan aku cakap, 
tahun 2013, umur kami da 23 tahun.
kena cari calon.
yang bestnya, depa da ada calon.
aku tetap sendiri.
takpa, doa moga jumpa jodoh.

Prof Dr. Muhaya penah cakap :
"yang belum jumpa jodoh, setiap kali keluar rumah, 
niat untuk berjumpa dengan jodoh yang baik..."




Hai Incik Jodoh.


Till Then,
Adiossaa__