Saturday, February 26, 2011

Terima Kasih Incik Zack Zukhairi !!

As Salam..
holaaaa...
korg bloggerdian apa khabar?? sehatkah? ngah diet kah?
selsemakah?? demamkah?? 
**apa la ko neh cik salwa, mintak dowang nih sakit lak, opkoslah sehat kan?! kalo x, cmne nk belog-walking kan?? kehkehkeh** okeh, tutup monolog tuh.

haa, entry kali neh spesel skit. spesel sebab apakah? tetttt !! teka sendiri. haha. okeh, xperlu~
kalo aku suh teka, memang konfirm-konfirm lah korang mesti bising kat aku nanti kan? baek xyah wat entry! haha. 
okeh-okeh, aku cita.. 

tersebutlah al-kisahh...
pada tarikh keramat 23 haribulan februari tahun 2011..*23/2/2011*, SEORANG BLOGGERDIAN YANG SANGAT PEMES LAGI LOW-PROFILE, YANG SANGAT POPULAR LAGI ENSEM...*puji lelebih nih, ada apa2kah??! hikhik.* okeh,sambung... telah menjadi followers aku yang ke-25.. YA ALLAH, gumbiranya aku memang xperlu diungkapkan lagi. memang tersangatlah seronok !! haha. korang tawu x siapa?? siapa lagi kalo bukan Incik Zack Zukhairi !! terima kaseh incik zack ! tersangat lah Terima kaseh kerana sudi menjengah dan sudi menjadi followers belog aku yang x seberapa nih. malu jugak sebenarnya bila ada owang yang sgt pemes lagi berbakat, 'talented' lah kata omputih, telah mengikuti belog aku. tapi disebalik perasaan malu dan segan, terselit gak rasa bangga. hikhikhik!! yela, bukan senang owang pemes nak follow bloggerdian yang bawu berjinak-jinak dan menternak-ternak dalam bidang belog cam aku nih. hahaha.



korang nampak x tuh?? picxa incik zack. yang tepi skali ! ensem kan? hakhakhak~  saja je aku copy skali ngan katak tuh, da elok-elok kuar ayat thank you ! memang terlatih la katak tuh, tawu2 jek aku nk copy buh dalam beloh nih balik. nak pomot diri la tuh ! hahaha. so, aku nk ucapkan lagi sekali TERIMA KASIH  kat incik zack. aku memang terharu sangat !! xsangka. haha. rasa nak ucap berkali-kali lagi, tapi takot nanti owang len bising lak, pastu gune ayat Allahyarham P.Ramlee lak " berape banyak terima kasih daa..". kehkehkeh. tuk suma bloggerdian yang len, yang da follow ak dari awal ag, TERIMA KASIH JUGAK !! aku pon da follow belog korang suma da lama da. hehe. skunk *di waktu aku updates belog nih* aku tengok followers da meningkat SATU. tambah lagi sorang followers aku. hahaha. alhamdulillah.

pastu, da dapat tawu jek yang si incik zack follow belog aku. terus aku g incik zack punya Mukabuku. still for the main reason, nak ucap terima kasih kat dia. haha. 
tengok !! again. aku ucap terima kasih. tapi bia la. aku nk ucap gak!! haha. 

SEE ??! Incik Zack reply lak aku punya wall post !! lagi bertambah-tambah gemuk lah hepylah aku nih pada 23 februari 2011 rituh ! haha. yang beshnya, si Incik Zack nih bleyh lak reply camtuh. gamsa-gamsa! hakhakhak~ ape la. xpe la incik zack da teror bangat bahasa jepun. aku lak dok bertatih-merangkak ag nak belajar bahasa korean. so, sikit-sikit je la aku guna bahasa korea tuh.. haha. eh, jap. merangak dulu bawu bertatih lah. hehe. silap typing lak~ kehkehkeh.

apa-apa pun, spesel buat Incik ZACK ZUKHAIRI sebab sudi dan menyudikan diri incik zack jadik aku nyer follower ke-25 serta sudi dan menyudikan diri jugak untuk reply dan sembang ngan aku kat wall post tuh ! 
JEONGMAL GAMSA HAMNIDA !! JEONGMAL GUMAWO !! hee. :)

... TERIMA KASIH INCIK ZACK ZUKHAIRI ...


jaripesan : sambil hupdates belog nih, layan lagu Maher Zain. jeles for those yang dapat pergi konsert Maher Zain rinih ngan esok. aku xdapat pegi. tiket xbeli, gpon jaoh, nun di Shah Alam. aku kat Melaka jek. so, dengar kat lappy je la koleksi lagu-lagu Maher Zain. *excited sangat nak dengar Maher Zain nyanyi lagu InshaALLAH in BAHASA MALAYSIA..* xpe la, xda rezeki aku kot !! hehe. :)


Tuesday, February 15, 2011

Surat seorang bakal isteri kepada bakal suami !!

As Salam...
entry kali neh agak berat sikit..
tapi hayatilah... ~


“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
“Kerja, kerja, dan kerja. Aku bosan dengan semua ini.”, getus hati kecil Izhar yang merasakan hidupnya sekarang sunyi dan sepi.
Izhar merupakan seorang peguam di mahkamah syariah dan bertugas sebagai seorang pendakwa raya.
”Hari-hari berhadapan dengan kes-kes penceraian, khalwat…”, bagaikan tertekan dengan kesibukan kerjayanya sehingga diri sendiri seakan tidak terurus.
“Hidup bersahabat memang berbeza dengan hidup berteman...”, tiba-tiba sahaja tersentuh hati Izhar untuk mencari pasangan setelah sekian lama dia hidup bersendirian.
Dengan ini, bermulalah kisah Si Ustaz dalam mencari pasangan hidupnya. Dengan langkahnya pertama, usaha Izhar telah bertemu dengan seorang gadis. Namanya Alfatunnisa’. Cantikkan namanya, begitulah juga parasnya, secantik namanya. Gadis ini adalah rakan sekampus kawan Izhar semasa menuntut di Jepun dahulu.
Alfatunnisa' adalah anak orang ternama, anak Tan Sri Ahmad. Gugup juga Izhar apabila hendak berhadapan dengan Tan Sri. Tetapi itu dulu, sebelum Izhar kenal dengan Tan Sri. Sekarang hubungan mereka nampaknya sudah rapat seperti saudara sendiri. Mungkin itulah yang dikatakan jodoh. Sebenarnya perkenalan dengan gadis ni bukanlah lama, sekejap saja. Mereka memang merancang untuk mendirikan rumahtangga bersama namun semakin lama dikenali, gadis itu seakan sudah banyak berubah.
”Mungkin ini bukan jodohku, aku tak tahu erti cinta...adakah aku tertarik padanya ataupun pada hartanya...Nauzubillah, ya Allah..selamatkan diriku daripada godaan syaitan...”, hati Izhar berbisik dan berdoa sendirian.
Pada langkah pertama, Izhar gagal menemui cinta hatinya. Pencarian Izhar tidak berakhir hanya di situ. Akhirnya semasa menguruskan kes anak guamannya, Izhar tertarik pula dengan anak kepada anak guamannya. Surina namanya, berasal daripada keluarga yang sederhana, Orangnya bijak bekata-kata. Akhirnya Izhar terpancing jua. Sesungguhnya Allah mengetahui segala-galanya.
Pada suatu hari, Izhar terserempak dengan Surina di salah satu pasar raya berdekatan bersama seorang jejaka, mesra sekali lagak mereka. Setelah disiasat, sungguh tidak disangka-sangka bahawa Surina yang sangat petah dan bijak berkata-kata selama ni sanggup berdusta dan mengambil kesempatan. Surina sebenarnya bekerja di kelab malam.
”Astaghfirullahal azim..alhamdulilah, daku bersyukur padamu ya Rabbi, Engkau menyelamatkanku daripada segala bencana, sekiranya aku berkahwin dengan keturunan seperti ini, amatlah pedih untuk aku melalui sisa-sisa hidup ini…”, syukur Izhar atas segala petunjuk daripadaNya.
Setelah kecewa dengan gelagat cinta yang baru ditemui itu, Izhar sepertinya sudah putus harapan. Bagi Izhar, biarlah masa yang menentukan kerana dia yakin akan ketentuan Allah.
Bulan silih berganti, hari demi hari, putaran jam meninggalkan masa-masa yang lalu. Izhar semakin sibuk dengan menguruskan firmanya. Suatu hari, Izhar menghadiri mesyuarat untuk satu program yang disertainya, program "Selamatkan Jiwa". Mesyuarat pada hari itu pula melibatkan seluruh mahkamah syari’ah di kawasan tersebut. Dalam kalangan ahli jawatankuasa yang datang, Izhar terpandang ke arah seorang wanita yang dirasakan amat berbeza dengan wanita-wanira lain. Sangat pendiam orangnya.
Diam-diam ubi berisi, namun apabila melontarkan idea, cukup bernas! Memang cantik orangnya. Sopan dan berjubah adalah penampilan yang dipilih. Tidak hairanlah kerana gadis ini merupakan alumni Universiti Al-Azhar, dan ayahnya adalah imam di kampungnya. Izhar akhirnya mengambil kata putus untuk menulis sepucuk surat untuk menyatakan isi hatinya.
Salam perkenalan buat saudari Sa’adatul Sakinah...
Dengan lafaz bismillahhirrahmanirrahim, saya meminta izin daripada saudari untuk mengenali dengan lebih dekat lagi. Saya amat tertarik dengan saudari, pandangan mata yang penuh keihklasan melontarkan idea-idea yang bernas untuk melakukan kebajikan di jalan Allah. Mungkin Allah telah mempertemukan kita, dalam situasi yang sama.
Dirimu yang sempurna, memperjuangkan kalimah suci Allah membuatkan saya tertarik dengan saudari. Tidak sepertimana perempuan-perempuan di luar sana yang pernah saya kenali. Andainya diri tidak berpunya, izinkan saya untuk melamar awak sebagai isteri saya yang sah.
Ikhlas, Izhar...
Wassalam saudaraku Muhd Izhar...
Buat saudara yang baru ku kenali, sesungguhnya pertemuan dan perpisahan adalah milik Allah, Dialah yang berhak mengaturkan segalanya. Sudi-sudikanlah menghayati nota-nota yang ku tulis buatmu...
Wahai saudaraku...Cinta pertama mengukir peristiwa, menguggat pelbagai perkara. Ketahuilah saudara, jangan mempercayai pada pandangan mata, ia hanya pandangan syaitan durjana. Usah memujiku lebih darinya, kiranya diri ini masih kurang seadanya, idea hanyalah pandangan manusia, belum tentu betul pada pandangan yang Esa. Sempurnaku tak sempurna Nabiku, kerana aku hanya manusia biasa, dan ketahuilah sahabat, manusia tidak akan pernah sempurna.
Wahai saudaraku...janganlah kau membanding-bandingkan diriku dengan insan lain, sesungguhnya Allah tidak menyukai hambaNya mempersoal mengenai keburukan mereka. Kiranya engkau membenci kemaksiatan, tugasmu adalah membawa mereka berhijrah dan tidak sesekali berhujah untuk menyemarakkan lagi hati mereka.
Kirannya aku jatuh cinta padamu, itu kerana aku jatuh cinta pada kesederhanaanmu, dan kiranya aku membenci dirimu, tidak bermakna aku membenci dirmu, tetapi aku membenci egomu. ingatlah wahai Adam, manusia adalah sama, hiris tangan, pastinya darah yang mengalir adalah merah. Hanya Allah yang dapat membezakan hambanya, dan kita sebagai hamba tidak layak untuk membuat penilaian.
Andainya kamu mencintaiku kerana Allah yang maha Pencipta..Sesungguhnya aku belum berpunya, diriku hanyalah untuk Dia. Aku menerima lamaranmu dengan hati yang terbuka, Kiranya ini menambahkan ketaqwaanku padaNya. Inilah nota-nota cintaku buatmu lelaki yang akan bergelar suami…
“Astaghfirullahal ’azim...Astaghfirullahal ‘azim…Astaghfirullahal ‘azim… Ampunkan dosaku ya Allah. Sesungguhnya selama ini aku telah tewas dalam permainan cinta. Terlampau mengejar cinta, aku telah melakukan dosa pada mereka. Sesungguhnya diriku kerdil di hadapanMu ya Rabbi. Aku sememangnya tidak layak untuk menghukum manusia, sesungguhnya aku seorang hamba seperti mereka..”, doa Izhar selepas menunaikan solat tahajjudnya.
Izhar kini bersyukur kerana telah dikurniakan oleh Allah seorang isteri yang solehah, mampu memandu hidupnya dan saling melengkapi dan memperbaiki dalam kesilapan masing-masing. Dia tersedar akan kesilapannya terhadap Surina dan Alfatunnisa yang gagal menemukan mereka kepada kebenaran.
Yakinlah bahawa sesungguhnya jodoh itu rahsia Allah dan masanya pasti akan tiba...


kyla. itu sahaja.
As Salam...
daaa~
jaripesan : cerita nih bukan aku yang buat, tapi ak amik dari iluvislam.com, saja wanna share.. renung-renungkanlah dan selamat beramal.. hehe.

Monday, February 14, 2011

Salam Maulidur Rasul Sume...

As Salam..
malam sume. :)


jap, nak g pkai selendang jap..
okeh dah!


ari neh suma owang tawu yang adalah ari kelahiran Nabi Muhammad S.A.W
Nabi Junjungan Besar Umat Islam semua. jadi, bersempena hari ini,.
marilah kita sebagai umat-Nya, sentiasa berselawat ke atas junjungan besar nabi kita.
semoga ingatan kita terhadap Nabi Muhammad S.A.W akan terus bersama-sama kita. 
seperti mana Nabi Muhammad S.A.W sendiri yang tidak pernah melupakan kita hingga akhir hayat beliau.


kita sendiri perlu sentiasa mengingati Nabi Muhammad, Nabi Junjungan Mulia. 
kerana pengorbanan yang telah beliau lakukan terhadap kita sebagai umat-Nya amat sangat tinggi nilainya. dan tidak terbalas jasa beliau. hanya selawat ke atas Junjungan Besar Nabi Muhammad sahaja doa yang dapat kita titipkan.


oleh itu. sempena Hari Maulidur Rasul yang bakal disambut diseluruh negara esok, mudah-mudahan kita dilimpahi berkat kurnianya dalam kehidupan kita.



 Salam Maulidur Rasul 1432 H
buat semua Muslimin dan Muslimat di seluruh Dunia.


jaripesan : semoga kehidupan kita akan terus diberkati oleh-Nya. 
                     Salam Maulidur Rasul~

                     *tetibe sebak plak !! sob.sob. ;'(


Zack Zukhairi "LIKES" aku pnyer coment!!

As Salam..
holaaa suma..
kehkehkeh~


aku xmao cakap banyak, yang penting aku juz nak gitaw yang aku hepy sangat rinih.
hahaha. kenapakah?? ermm, Incik Zack da "likes" aku nyer coment kat wall dia. 
kahkahkah. mesti korang ngah gelak guling-guling kat umah, tempat keja or kat mana2 lah sebab gelakkan aku kan?! mesti korang cakap, "eleh, yang tu pon nak syiokk!!".. hehe.


bia lah. aku sonok pon. hati aku okeh. bukan hati korang. hee. ala, aku bukannya apa, aku memang minat gila babeng ar kat belog Incik Zack tuh. memang xley tinggal. sekali aku bace, teruz aku melekat tuk baca entry die yang sebelumnya. tawu x? mase first time aku bace entry Incik Zack neh, teruz aku repeat banyak kali. entry belog die yang lepas2 pon still repeat bace still skunk.


plus plak, skunk neh die da jarang pdates belog die. juz rajin updates status kat MukaBuku jek. jadi la kan.
penah skali tuh Incik Zack neh da lame gila xupdates entry bawu kat belog die. then, skali die updates. aku teruz meroyan sekejap menjerit kaw-kaw punya. berapa tahap ke'kaw'an aku menjerit tuh, xyah cakap la. memang kuat. hahahaha. agak kuat ya penangan Incik Zack tuh. hehe.


ni Incik Zack punye status rinih.  sory, cam blur skit~ hehe.

ni ar comment ak yg Incik Zack "likes" tuh!! hehe. suka. suka~


kyla beb!! tu jek yang ak nak updates rinih. sikit jek.
hahaha. 
mood :: suka. suka. suka !! :)

jaripesan : bahgianya dia~ hehe.